Search This Blog

Wednesday, November 25, 2009

Lafaz yang tersimpan.


Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu

Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia

Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu

Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia

Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata

Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan

Lafaz yang tersimpan.


Tuesday, November 24, 2009

Tahukh anda..

Adakah semestinya telur ayam yang dihasilkan oleh ayam betina akan menetaskan anak ayam?

jawapannya tidak semestinya.kenape?

seperti manusia, ayam juga mengalami kesuburan dimana ia akan melepaskan telur yg bercangkerang. telur yg dihasilkan oleh ayam betina ini sekiranya disenyawakan oleh sperm ayam jantan, maka telur ini akan menetas menjadi seekor anak ayam. tapi sekiranya tidak disenyawakan, maka telur ayam itu hanya sekadar telur ayam tanpa anak ayam di dalamnya.

Apabila manusia mengalami kesuburan, maka ovari akan melepaskan ovum (telur). ovum sekiranya disenyawakan oleh sperm akan menjadi zigot, embryo, dan seterusnya fetus. tetapi apabila ovum tidak disenyawakan oleh sperm, perempuan itu kan mengalami menstrual period (haid)..haid kuar dalam bentuk darah kan..tetapi tidak bg ayam, ayam juga mengalami menstruasi tetapi bukan dalam bentuk darah, tetapi dalam bentuk telur yang bercengkerang.

sebab itu lah telur2 ayam yang dijual di kedai tak akan menetaskan anak ayam kerana telur ini dikutip daripada reban ayam yg mengasingkan ayam jantan dan ayam betina pada reban yang berasingan. klau dah lama telur tu disimpan dalam kedai tu..telur tu akan jadi busuk bukannya jadi anak ayam..

Kejadian ditindih ketika tidur.

Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercayaan dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?

Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)

ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......

ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)

Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy

So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye..........

Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum isteri tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah!!!!.....

Heheheeeee…..



Kenapa lepas makan-makanan yang berat seperti lunch dan dinner kita akan rasa mengantuk?

Kebiasaanya seseorang itu akan rasa mengantuk selepas beberapa minit makan makanan yang berat seperti lunch dan dinner. Adakah kita selalu terfikir knape kita akan merasa fenomena ini? Jawapannya senang je walaupun agak komplek s bg siapa yang tak de background biologi. Tapi sy akan terangkan dalam bentuk yang mudah difahami.

Selepas kita makan, sel-sel dari organ perut akan ditugaskan untuk menghadamkan mknn yang telah masuk ke perut. Proses penghadaman selain memerlukan asid-asid yang tertentu, ia juga memerlukan oxygen yang dibawa oleh darah yang mengalir. Sewaktu proses penghadaman kebanyakan darah dialirkan ke bahagian organ perut dan usus supaya pertukaran oxygen dapat dilakukan dengan effisyen antara sel-sel organ tersebut. Oleh kerana bnyak darah yg mengalir ke perut dan usus , maka kuantiti darah di dalam otak dan organ-organ lain menjdi berkurangan pada sesuatu masa terutama selepas makan.

Darah bertanggungjawab membawa darah oxygen ke seluruh badan supaya sel-sel badan terus hidup. Oleh kerana kuantiti darah dalam otak berkurangan, jadi kuantiti oxygen yang dapat disalurkan untuk otak juga berkurangan. Biasanya klau kite menguap maksudnya otak kite kekurangan oxygen. Sbb itu lah kite akan rasa mengantuk sekiranya otak kite kekurangan oksigen.

Bukan otak sahaja yang akan kekurangan oxygen, anggota badan lain seperti tangan dan kaki akan menjadi lenguh kerana kekurangan oxygen yang disebabkan oleh kekurangan darah yang mengalir dibahagian itu semasa proses penghadaman berlaku.

Sbb itulah kite disunatkan mengikut sunnah nabi. Makanlah sebelum kenyang. Klau kenyang sgt mengantuk plak nanti. Satu kerja pun tak dapat nak buat.



Monday, November 23, 2009

Tahukah anda..

Adakah semestinya telur ayam yang dihasilkan oleh ayam betina akan menetaskan anak ayam?

jawapannya tidak semestinya.kenape?

seperti manusia, ayam juga mengalami kesuburan dimana ia akan melepaskan telur yg bercangkerang. telur yg dihasilkan oleh ayam betina ini sekiranya disenyawakan oleh sperm ayam jantan, maka teur ini akan menetas menjadi seekor anak ayam. tapi sekiranya tidak disenyawakan, maka telur ayam itu hanya sekadar telur ayam tanpa anak ayam di dalamnya.

Apabila manusia mengalami kesuburan, maka ovari akan melepaskan ovum (telur). ovum sekiranya disenyawakan oleh sperm akan menjadi zigot, embryo, dan seterusnya fetus. tetapi apabila ovum tidak disenyawakan oleh sperm, perempuan itu kan mengalami menstrual period (haid)..haid kuar dalam bentuk darah kan..tetapi tidak bg ayam, ayam juga mengalami menstruasi tetapi bukan dalam bentuk darah, tetapi dalam bentuk telur yang bercengkerang.

sebab itu lah telur2 ayam yang dijual di kedai tak akan menetaskan anak ayam kerana telur ini dikutip daripada reban ayam yg mengasingkan ayam jantan dan ayam betina pada reban yang berasingan. klau dah lama telur tu disimpan dalam kedai tu..telur tu akan jadi busuk bukannya jadi anak ayam..


Thursday, November 19, 2009

Haluanku..

Dah lame gle r aku tak post blog..tetibe mlm ni plak aku ade mood..layan jelah kan..Abeh gak exam aku hari ni (19/11/2009)..apa laha ku nak buat ye lepas ni..Master ke kerja..Aku teringin nak pegang duit dengan hasil peluh aku sendiri..tapi nak gak buat Master..tgklah rezeki mane yang datang dlu..Klau nak wat master nak wat pasal pe plak ye? tengah kering idea..biophysics? pe yg best yek?