entahlah tak tau nak post ape..saje nak menggatal tangan disini..oklah talk about my condition now..skang ni aku tinggal kat flora damansara..rumah flat tepi tol..betul2 tepi tol..orang yg selalu lalu LDP die perasan lah rumah flat yg tgg sebelah highway ni..pada mulanya aku merasakan rumah ni sgt jauh dr tempat keje aku..tapi mmg jauh pun..nak wat mcm mane nak carik rumah tapi tak de..pastu nak carik member2 yg nak serumah pun tak de yg berminat..so terpaksalah terima rumah yg jauh ni..traffic jgn ckp lah..mmg jem saban hari..tapi dah biasa dengan jam2 ni..dah macam jam yg aku selalu mkn ngan roti..aku tinggal ngan mat toy (tutor ASASI), hamdan (budak sekolah rendah aku dulu), shamsul (budak UM).
rumah ni sewa die oklah 100 sebulan..bil letrik ngan air selalunye kitorang tak yah bayar..sebab penggunaan yg terlalu minima..huhu..basuh baju guna tangan ataupun kaki huhu..tv tak dak..peti ais tak dak..home theater pon tak dak..laptop sorang satu..itu je electronic item je yg kitorang ada..paling banyak pun kitorang gune 10 rgt untuk bil air..
flat ni conditiion nye mmg tak baguih sgt dan berpatutan dengan harga die lah..flat sebelah highway, bunyi bising kenderaan lalu lalang..emm bile parking kenderaan keselamatan tak ketat sgt..biasalah rumah flat..yg paling teruk adalah jalan masuk ke flat ni berlubang2..aku pernah melanggar lubang yg agak besar..nasib baik tak de pape roda motor tu..dah lah tak de lampu..sabar jelah..
tapi yg bestnyer..flat ni dekat sgt ngan pusat bandar, shopping mall pun very close mcm one utama, the curve, tesco..ape lagi entah aku pun tak pasti..oh ye IKEA..nak boli perabot ponn sonang..
aku selalu pegi kerja lalu penchala link..sebelum ni aku lalu je jalan yg sesak dan jauh sbb aku tak tau short cut..baru skang ni aku tau..huhu..
tapi sebenarnye aku berniat nak pindah rumah yg lebih dekat klau ade bilik kosong ke hape kan..kat pantai dalam ke..kat kerinchi ke..yg dekat2 lah..moga2 dapat..tak tahan lah minyak motor kne isi banyak kali dalam seminggu..erghhhh..
Ha ni die penampilan blog baru aku..punyelah payah aku aku nak fix kan blog aku yg senget sebelum ni..aku post ni pun sbb aku tak ngantuk lagi walaupun sok keje..dari hari tu lagi sebenarnya aku nak post tapi blog wat hal je..baru sekarang setel problem..
Semenjak kebelakangan ni hidup aku tenang je..waa..smooth gitu..lepas abeh exam hari tu pada tanggal 19 november 2009 pada pukul 1.30 ptg, aku rasa sangat bebas sbb aku telah berjaya menghabiskan peperiksaan aku di UM dengan jayanya..paper yang paling last aku amik kat UM ni adalah paper teknologi bioproses yg pernah aku ambek dlu..repair la tu..enough for exam paper..aku tak suke exam..klau time exam kpale ni mcm nak pecah..klau nak amik master pun aku rela amik master by research bcoz it doesn't has exam, only research. Lama pun lama lah tempohnya berbanding master by coursework..
selepas je abeh exam..aku mula approach supervisor aku yang dlu Dr sufian..mintak kerja kosong..aku ingat die mcm tak nak amik budak dah..rupanya ada jugak kekosongan..so layan jelah n terima jelah..so aku start kerja 1st dec hari tu..sebelum tu aku sempat gaklah cuti kat rumah selama seminggu..lepaskan tension study..had quality time with my family..
Pada mulanya aku berasa gusar dengan masa depan aku..huhu..nak kerja ke nak sambung blajar..itu jelah soalan yg selalu diajukan oleh rakan2..jawapan aku, 'tgklah rezeki mane yang dtg dulu'..klau tak de keje, sambung je belajar..tak rugi pun..dapat kerja pun tak rugi..untung jugak..BTW ade pros n cons both of them..
Tak sabar aku nak grad..nak juga rasa grad mcm member batch aku yg dah grad tu..time dorang grad, aku meraikan dengan perasaan yang sgt cemburu..tapi takpelah sbb aku percaya sume tu ada hikmahnya..dan mmg ada hikmahnya..selepas je result kluar untuk sem lepas..akulah antara orang yg paling heppy di dunia..apa yang aku ingini semuanya telah kukecapi selepas acapkali aku jatuh dan aku bangun semula..jatuh semula aku bangun kembali..akhirnya aku berjaya..aku bangga dengan hidup aku..terima kasih ya Allah..hajat hambamu kau kabulkan..
Ape yang aku impikan adalah, aku lah antara graduan yg akan berasa heppy semasa konvo nanti..aku tak mau aku merasa sedih dengan pencapaian aku..it is my pleasure to credit to the peoples that always give some hand after I stumbled to the ground. Thank to Asma Husna Bt Yusof who has given me such effective motivation to me before and last but not least to my lovely mom that prepared me for doa bacaan yasin for my success..n thanks everyone to my mates that knowing me direct or indirectly..
Akhir sekali, tunggu masa konvo nanti ye kawan2..rindu ingin bersua kembali memakai jubah graduasi..
Luluh hatiku yang sayu
Menatap wajahmu tenang dalam lena
Kasih zahirkan laku
Sedangkan bibirku jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku
Meredakan rindu mendamaikan kalbu
Tak mungkin kutemu iras sentuhanmu
Biarpun kuredah seluruh dunia
Mencari gantimu
Betapa sukarnya menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanya sekadar
tingkah
Cuma ungkapan kebisuan yang
melindungkan kalimah rahsia
Masih kubiarkan waktu
Melarikan lafaz kasihku padamu
Mengapakah sukar menyusun bicara
Meluahkan rasa menuturkan sayang
Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar
tingkah
Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia
Apakah yang hilang andai dilisankan
Bait penghargaan penuh kejujuran
Tak mungkin terlihat cinta yang merona
Jika hanya renungan mata yang bersuara
Bukan tutur kata
Tiada lagi ertinya pengucapan
Andai akhir nafas di hujung helaan
Sebelum mata rapat terpejam
Usah biar kehilangan
Menggantikan lafaz yang tersimpan
Adakah semestinya telur ayam yang dihasilkan oleh ayam betina akan menetaskan anak ayam?
jawapannya tidak semestinya.kenape?
seperti manusia, ayam juga mengalami kesuburan dimana ia akan melepaskan telur yg bercangkerang. telur yg dihasilkan oleh ayam betina ini sekiranya disenyawakan oleh sperm ayam jantan, maka telur ini akan menetas menjadi seekor anak ayam. tapi sekiranya tidak disenyawakan, maka telur ayam itu hanya sekadar telur ayam tanpa anak ayam di dalamnya.
Apabila manusia mengalami kesuburan, maka ovari akan melepaskan ovum (telur). ovum sekiranya disenyawakan oleh sperm akan menjadi zigot, embryo, dan seterusnya fetus. tetapi apabila ovum tidak disenyawakan oleh sperm, perempuan itu kan mengalami menstrual period (haid)..haid kuar dalam bentuk darah kan..tetapi tidak bg ayam, ayam juga mengalami menstruasi tetapi bukan dalam bentuk darah, tetapi dalam bentuk telur yang bercengkerang.
sebab itu lah telur2 ayam yang dijual di kedai tak akan menetaskan anak ayam kerana telur ini dikutip daripada reban ayam yg mengasingkan ayam jantan dan ayam betina pada reban yang berasingan. klau dah lama telur tu disimpan dalam kedai tu..telur tu akan jadi busuk bukannya jadi anak ayam..
Kejadian ditindih ketika tidur.
Janganlah kite ni selalu tuduh hantu le, jin le....tahyul semua tu.Fenomena kene tindih....kepercayaan dan kebenaran..
just to share.... aku baca segmen pengalaman menyeramkan dalam book and readings, byk sgt orang dok citer pasal pengalaman kena tindih ni........ betul ker kena tindih disebabkan gangguan makhluk seperti jin atau hantu?
Orang ramai describe kena tindih seperti takleh gerakkan seluruh badan,hujung jari, terasa berat kat dada...nampak mender2 pelik2 (hantu, makhluk hitam dan sebagainyer) ....
kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur pernah ade pengalaman kena 'tindih' ni masa skolah menengah dulu....aderla dalam 3-4 kali jugak....masa tu aku sedar....boleh bukak mata separuh..... aku tau aku sedar....tapi takleh gerak...kadang2 geram, sbb takleh gerak.....pastu 5 minit baru leh gerak....aku dulu pun takut...mmg ingat kena hempap dah...lps boleh gerak tu seram sejuk jer..... tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la aku tau kebenaran dia..... ni aku nak citer sket pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical nyer 'sleep paralysis'
Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'....adalah condition yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary (sementara).. ... temporary paralysis ni selalu berlaku bila time2 nak tido (hypnagogic paralysis) atau baru2 bangun dari tido (hypnopompic paralysis)
ok, normal badan manusia bila tido, bila masuk stage tidur yang nyenyak atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kiter gerak2) stage.....otak akan bagitau badan kita suruh rehat...so, badan kite kira macam switch off kejap.....REM atonia (tader muscle tone)......
ok, otak kiter pun ader switch off button....dipanggil reticular activating system RAS.......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off RAS ni......so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) jer yang on.....kirenyer screensaver laaa or hibernate... so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake state....tapi kadang2, electrical signal tak diactivate kan oleh otak suh switch on balik badan kiter...... maka masa tu laa badan kita lumpuh seketika... before otak activate balik......mmg menakutkan tapi benar..... tapi paralysis tu tak semestinyer complete atau full..kadang2 partial atau sebahagian jer...tu ader yang boleh gerakkan ibu jari, tp badan lain lumpuh etc....
Satu lagi, sleep paralysis ni selalu jugak datang skali dengan hallucinations(halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar bunyi pelik2), visual (nampak mender bukan2) atau tactile (deria sentuhan, terasa mender sentuh/hempap dll..)
Sebab2 atau mender2 yang boleh mentrigger sleep paralysis:
1. tidor dalam posisi terlentang terlalu lama
2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock)
3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidor la ni...penat sgt)
4. stress yang byk kat otak...masalah keluarga, kewangan bla2
5. pertukaran gaya hidup secara tiba2 ( macam biasa dok rumah jer, tetiba esok gi panjat gunung, kayuh beskal....heheh extreme sgt contoh aku ni)
6. orang yang ader penyakit narcolepsy
So jangan lagi kata kena hempap ngan hantu... Korang lagi hantu sebenornye..........
Tapi kalau korang yang terutamanaya kaum isteri tu kalau celik jer mata tiba2 kena tindih dek laki jangan la korang baca ayat Kursi tu..nanti tebakar lak laki...bacalah Alhamdulillah!!!!.....
Heheheeeee…..
Kenapa lepas makan-makanan yang berat seperti lunch dan dinner kita akan rasa mengantuk?
Kebiasaanya seseorang itu akan rasa mengantuk selepas beberapa minit makan makanan yang berat seperti lunch dan dinner. Adakah kita selalu terfikir knape kita akan merasa fenomena ini? Jawapannya senang je walaupun agak komplek s bg siapa yang tak de background biologi. Tapi sy akan terangkan dalam bentuk yang mudah difahami.
Selepas kita makan, sel-sel dari organ perut akan ditugaskan untuk menghadamkan mknn yang telah masuk ke perut. Proses penghadaman selain memerlukan asid-asid yang tertentu, ia juga memerlukan oxygen yang dibawa oleh darah yang mengalir. Sewaktu proses penghadaman kebanyakan darah dialirkan ke bahagian organ perut dan usus supayapertukaran oxygen dapat dilakukan dengan effisyen antarasel-sel organ tersebut. Oleh kerana bnyak darah yg mengalir ke perut dan usus , maka kuantiti darah di dalam otak dan organ-organ lain menjdi berkurangan pada sesuatu masa terutama selepas makan.
Darah bertanggungjawab membawa darah oxygen ke seluruh badan supaya sel-sel badan terus hidup. Oleh kerana kuantiti darah dalam otak berkurangan, jadi kuantiti oxygen yang dapat disalurkan untuk otak juga berkurangan.Biasanya klau kite menguap maksudnya otak kite kekurangan oxygen.Sbb itu lah kite akan rasa mengantuk sekiranya otak kite kekurangan oksigen.
Bukan otak sahaja yang akan kekurangan oxygen, anggota badan lain seperti tangan dan kaki akan menjadi lenguh kerana kekurangan oxygenyang disebabkan oleh kekurangan darah yang mengalir dibahagian itu semasa proses penghadaman berlaku.
Sbb itulah kite disunatkan mengikut sunnah nabi. Makanlah sebelum kenyang. Klau kenyang sgt mengantuk plak nanti. Satu kerja pun tak dapat nak buat.
Adakah semestinya telur ayam yang dihasilkan oleh ayam betina akan menetaskan anak ayam?
jawapannya tidak semestinya.kenape?
seperti manusia, ayam juga mengalami kesuburan dimana ia akan melepaskan telur yg bercangkerang. telur yg dihasilkan oleh ayam betina ini sekiranya disenyawakan oleh sperm ayam jantan, maka teur ini akan menetas menjadi seekor anak ayam. tapi sekiranya tidak disenyawakan, maka telur ayam itu hanya sekadar telur ayam tanpa anak ayam di dalamnya.
Apabila manusia mengalami kesuburan, maka ovari akan melepaskan ovum (telur). ovum sekiranya disenyawakan oleh sperm akan menjadi zigot, embryo, dan seterusnya fetus. tetapi apabila ovum tidak disenyawakan oleh sperm, perempuan itu kan mengalami menstrual period (haid)..haid kuar dalam bentuk darah kan..tetapi tidak bg ayam, ayam juga mengalami menstruasi tetapi bukan dalam bentuk darah, tetapi dalam bentuk telur yang bercengkerang.
sebab itu lah telur2 ayam yang dijual di kedai tak akan menetaskan anak ayam kerana telur ini dikutip daripada reban ayam yg mengasingkan ayam jantan dan ayam betina pada reban yang berasingan. klau dah lama telur tu disimpan dalam kedai tu..telur tu akan jadi busuk bukannya jadi anak ayam..
Dah lame gle r aku tak post blog..tetibe mlm ni plak aku ade mood..layan jelah kan..Abeh gak exam aku hari ni (19/11/2009)..apa laha ku nak buat ye lepas ni..Master ke kerja..Aku teringin nak pegang duit dengan hasil peluh aku sendiri..tapi nak gak buat Master..tgklah rezeki mane yang datang dlu..Klau nak wat master nak wat pasal pe plak ye? tengah kering idea..biophysics? pe yg best yek?
Aku seorang anak kampung yang dibesarkan di Banting Selangor..aku merupakan anak pertama dari dua orang adik beradik. Keluarga aku hidup sederhana aman dan damai bukan hidup seperti di bandar yg hiruk dan pikuk.
Aku mula mengenali alam persekolahan bermula aku dari tadika pada umur ku 5 tahun lagi dan seterusnya beljar di sekolah rendah di kampung aku. Kemudian ibu bapaku menempatkan aku di asrama di Kuala Lumpur. Bermula dari situ aku baru mengenal erti hidup di sebuah bandar dan dapat membezakan antara kesenangan dan kesusahan hidup. Tamat sahaja sekolah menengah, aku melanjutkan pelajaran aku ke peringkat matrikulasi di UM (Pusat Asasi Universiti Malaya)dan aku berjaya mendaftarkan diri sebagai graduan universiti malaya. Disinilah tempat aku membina jati diri, meningkatkan kematangan pemikiran, disinilah mataku dibuka oleh realiti kehidupan.Disinilah tempat jatuh bangunnya aku dan alhamdulillah disini jugalah aku mencipta kejayaan.