Search This Blog

Tuesday, December 23, 2008

Duit syiling emas 1,300 tahun ditemui


BAITULMAQDIS - Sejumlah duit syiling emas berusia lebih 1,300 tahun ditemui di bawah tapak kawasan meletak kereta di Baitulmaqdis, kata Pihak Berkuasa Antikuiti Israel kelmarin.

Ahli-ahli arkeologi menyatakan sebanyak 264 duit emas ditemui di tapak runtuhan sebuah bangunan lama pada abad ketujuh Masihi. Ia merupakan penemuan paling besar pernah ditemui setakat ini.

"Kami pernah menemui barang-barang tembikar, kaca tetapi tidak seperti ini," kata seorang ahli arkeologi Britain, Nadine Ross yang menemui duit itu Ahad lalu.

Terdapat wajah mirip seorang maharaja yang memakai pakaian ketenteraan dan memegang salib di tangan kanan pada satu bahagian duit syiling itu.

Pakar-pakar arkeologi menyatakan duit syiling itu dicetak pada permulaan pemerintahan Heraclius sebelum tentera Parsi menakluk Byzantine yang menguasai Baitulmaqdis pada 614 Tahun Masihi.

Menurut dua pengarah di tapak penggalian, Doron Ben-Ami dan Yana Tchekhanovets, sebelum penemuan itu, hanya lima duit syiling emas ditemui di Baitulmaqdis. - Reuters


duit emas tuuuu....kan best klau aku yang jumpe dlu..tak yah nak bg kat muzium...jadi kaya..

No comments: