Search This Blog

Sunday, March 08, 2009

Apa rasionalnya memansuhkan PPMSI??

Adakah pihak yg sebulat suara menentang PPMSI daripada diteruskan tidak mahu anaknya suatu hari nanti masuk ke alam kampus universiti mahupun kolej..ataupun kalau ada rezeki dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara? adakah kebanyakan penentang PPMSI ini tidak pernah merasai alam pembelajaran di universiti?..adakah penentang sendiri tidak mampu ataupun gagal menguasai bahasa inggeris? adakah apa yg diperkatakan oleh saya ini salah?

memanglah sistem pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris memberi impak atau kesan yang mendalam kepada pelajar yang tidak biasa dengan bahasa asing terutamanya anak-anak luar bandar..tetapi tahukah anda apakah akibatnya sekiranya pelajar-pelajar dibangku sekolah rendah dan sekolah menengah yg dibiasakan dengan bahasa melayu akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke tahap yg lebih tinggi lagi iaitu MATRIKULASI dan UNIVERSITI. bagaimana mereka nak hidup sekiranya sukatan pelajaran dalam kuliah adalah dalam bahasa eng?. lagi-lagi sekiranya mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi..sy pasti mereka pasti terumbang-ambing dengan bahasa asing? sedarlah wahai penentang, anak-anak anda juga yang akan menjadi mangsa..

sy amat mengerti kerana sy sendiri sempat lagi mengalami keadaan yang sama semasa sy dibangku matrikulasi. saya ternganga apabila menghadiri kuliah yg pertama..haram satu perkara pun sy tak paham. inilah akibatnya apabila menerima kejutan budaya..11 tahun sy dibangku sekolah rendah dan sekolah menengah menerima pembalajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu..ketika itu sy mmg lemah berbahasa eng...sy tak mahu adik-adik sy menerima akibat yg sama.

Cuba ubah sistem penilaian yang lebih mengukur penguasaan perbendaharaan kata yang kaya dan lepas itu latih dan uji mereka menyampaikan idea dalam lisan terutamanya dan tulisan, biarkan dulu perkara teknikal bahasa seperti ejaan dan tatabahasa. Uji mereka secara rasmi dalam bentuk oral dahulu. Ukurkan dua aspek itu dulu. Setelah mereka kuasai perbendaharaan kata dan aspek keupayaan penyampaian idea, mereka akan mempunyai keyakinan diri yang cukup tinggi dalam bahasa Inggeris dan di tingkatan tiga atau empat contohnya barulah ajar aspek teknikal bahasa. ''ini merupakan kata-kata penentang PPMSI"

ini komen dari saya, adakah sukatan subjek bahasa eng itu sendiri tidak mampu atau pun tidak efisien dalam menerapkan asas-asas penguasaan perbendaharaan dan penyampaian idea seperti yg diperkatakan oleh penentang. sedangkan daripada darjah satu hingga tingkatan 5 pelajar diajar subjek bahasa eng. pada pandangan saya, tenaga pengajar ataupun murid itu sendiri yang harus dipersalahkan. bukan sistem pembelajaran PPMSI..kalau guru itu sendiri tidak bersungguh, apa tah lagi para pelajar....saya mengaku semasa dibangku sekolah dulu mmg sy menolak subjek eng ke tepi kerana guru sy hanya pandai sendiri..jadi ini adalah salah sy sendiri..dan juga salah guru itu sendiri.

adakah negara kita ini dapat berdiri sendiri tanpa bergantung kepada negara maju di luar sana? adakah dengan hanya mempunyai bahasa melayu sahaja cukup untuk memajukan negara sendiri? bagaimana kita hendak berkomunikasi dengan negara luar sekiranya kita tidak menguasai bahasa antarabangsa? wahai penentang, janganlah terlalu sensitif dan terlalu menyempitkan fikiran sendiri. kita bukan macam negara jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara di eropah yg lain..mereka dapat hidup sendiri dengan bahasa mereka sendiri kerana rakyatnya punya wawasan sendiri untuk memajukan negara sendiri..tidak seperti melayu yg terlalu bergantung dan selalu mengharapkan imbuhan. sy ambil contoh yg terdekat, rakyat jepun..kebanyakan mereka tak fasih berbahasa eng..sbb mereka dari bangku sekolah mmg betul2 mementingkan bahasa mereka sendiri..mereka tak kisah kerana mereka mampu berdikari untuk memajukan negara mereka sendiri..tapi adakah kita di malaysia ini mampu berdikari dengan hanya menggunakan bahasa malaysia? tiada bukti atau sejarah yg malaysia ini mampu berdiri sendiri tanpa bergantung terhadap negara maju..terutama dalam bidang sains..

saya tidak merasakan dengan terlaksananya PPMSI ini, bahasa melayu semakin dipinggirkan..adakah pelajar melayu yang pada masa yang sama mempelajari bahasa melayu dan eng, gagal untuk bertutur dalam bahasa melayu? insyaAllah perkara sebegitu tidak akan berlaku.melainkan orang melayu itu sendiri dilahirkan di luar negara dan menetap bertahun-tahun di sana.

Pada pemerhatian saya, kandungan sukatan pelajaran BI dan kandungan buku teks, cantik dan sangat baik. Masalah yang saya nampak ialah sistem penilaian yang mengakibatkan pengajaran cikgu-cikgu menjadi huru-hara dan tiada fokus. Mencari A,A,A,A,A. Apakah A atau B itu memberi makna penguasaan berbahasa Inggeris yang sebenarnya ? Tolong jawab. ''ini adalah kata penentang''..... bagi saya, pelajar yg menunjukkan dia memperolehi A, mereka sekurang-kurangnya mahir walaupun sedikit dalam subjek eng...mmg ia tidak memberi makna bahawa pelajar ini dapat menguasai sepenuhnya bhs eng melalui PPMSI, tetapi ia akan memberikan kesan positif sekiranya mereka berjaya memasuki universiti.kalau PPMSI diteruskan, insyAllah mereka tidak terkial-kial di universiti nanti.

saya akan bersetuju terhadap pemansuhan ini, jika semua sukatan subjek di Universiti adalah dalam bahasa melayu. tiada guna sekiranya PPMSI tidak dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah tetapi di universiti ia tetap dilaksanakn..habislah mahasiswa kita nanti..saya yakin tiada segelintir mahasiswa pun yang akan membantah PPMSI ni. jika ada mereka sebenarnya dipengaruhi oleh parti pembangkang di luar yang hanya ingin memenangkan hati majoriti rakyat.

mempelajari bahasa eng memang memerlukan masa lagi2 bg mereka yg tidak biasa berbahasa eng seperti penduduk di luar bandar....sekiranya PPMSI dilaksanakan dari awal bangku sekolah rendah, pasti pelajar itu secara beransur-ansur dapat membiasakan diri dengan bahasa antarabangsa yg sy anggap amat penting..adakah pelajar yg memperolehi keputusan yg teruk dalam UPSR dek sistem PPMSI akan terus gagal dalam pembelajaran diperingkat sekolah menengah? tidak semestinya...perkara ini memang berlaku terhadap pelajar2 luar bandar. biarlah adik-adik kita merasai kegagalan dalam peringkat ini yang berpunca daripada PPMSI..kejayaan biasanya bermula dari kegagalan...tapi saya yakin, apabila mereka memasuki alam persekolahan sekolah menengah,sekurang2nya mereka mempunyai asas yg agak kukuh terhadap bhs eng yg dipelajari disekolah rendah...dan sekiranya asas2 ini dapat diperkembangkan dan diperkuatkan lagi hasil daripada pembelajaran yg efektif, maka sedikit demi sedikit beban yg ditanggung untuk menguasai bhs eng ini dapat dikurangkan...dan sekiranya berjaya ke menara gading, pelajar itu pasti tiada masalah sekiranya kos yg ditawarkan adalah dlm medium eng...

mungkin ini sahaja yang dapat saya perkatakan tentang pemansuhan PPMSI. saya sebulat suara mewakili mahasiswa tidak setuju akan pemansuhan PPMSI..berhentikanlah pemansuhan ini demi anak2 generasi akan datang..jangan terlalu sensitif dan selalu melatah..sy tidak pernah terniat untuk meminggirkan bahasa ibunda kerana sy tahu bahawa bahasa melayu adalah budaya kita, bahasa eng adalah keperluan semasa...

segala komen mengenai PPMSI adalah dialu2kan...terima kasih


8 comments:

Lord Biohazard said...

well said!!!..
aku sokong ape ko ckp 100%..
teruskan je PPMSI..

Mohd Nur Ikhmal B. Salehmin said...

tau takpe tet....

Shukstarz said...

huhu..
bagi aku..benda ni BAGUS!!
aku pun ada experience psl English2 ni..mmg KURENG sikit..tp, lama kelamaan bile kite da dibiasakan, everything is OK!!

tapi,,
kalau kate nk memantapkan Bahasa Inggeris dikalangan pelajar..baik perkasakan pembelajaran BI dalam kelas..cthnye: membanyakkan masa P&P dalam kelas..

Mungkin,,
golongan 'penentang' ni kebanyakan adalah dari golongan SASTERAWAN. Mereka2 ini beranggapan KERAJAAN telah menganiaya BAHASA dengan melaksanakan PPSMI!! Padahal PPSMI dilaksanakan dekat Sains n Mate je..Sejarah dan matapelajaran teras yg lain dalam BM jugak!!

For me,,
teruskan PPSMI..knp org2 dulu belajar semua subjek dalam BI boleh, budak2 skg xle pulak???

cadangan,,
buat soalan EXAM dalam dwi bahasa! AS I MENTIONED AT MY BLOG: THE MOST IMPORTANT IS THE KNOWLEDGE NOT THE LANGUAGE!!!!

Mohd Nur Ikhmal B. Salehmin said...

setuju gak ngan shuk devdas ni...

Leeya Sizznie Mokhtar said...

aku stuju ngan ko..well..lentur buluh biarlah dari rebungnya kan..time kecik2 la senang nk ajar..tapi satu je aku kurg stuju...asal ko tulis 'parti pembangkang' kat stu tu?adakah ini bantahan dr parti pembangkang @ pihak2 laen yg xpuas hati??

areev19 said...

kpd Shuk_devdas,

bukankah soalan exam, khususnya upsr, pmr dan spm smuanya dwi bahasa?? namun mengikut pratusan yg diperolehi mlalui ppriksaan upsr baru2 ini, 31% dari keseluruhan pelajar menjawab kertas Sains dalam bahasa Inggeris sementara untuk kertas Matematik, 46%. itu pun majoritinya daripada mereka yg tinggal di bandar atau mmpunyai latar blakang pendidikan.

jadi kalau pengkayaan perbendaharaan kata atau penggunaan istilah2 sains dan matematik dalam bahasa inggeris yg ingin diterapkan melalui ppsmi, tiada guna ianya dilaksanakan kerana setelah 6 tahun, majoriti pelajar (70%) masih menjawab peperiksaan tersebut dlm bahasa ibunda masing2. adakah istilah2 bahasa inggeris ini diselitkan di dalam ayat2 bahasa ibunda mereka sehingga mewujudkan bahasa rojak ketika menjawab soalan peperiksaan??

jadi tidak perlu timbul kenapa subjek sains dan matematik ini perlu/mesti diajar dlm bahasa inggeris, kerana yg penting ialah penerimaan atau pemahaman pelajar itu sndiri terhadap ilmu sains dan matematik. bahasa inggeris mmg penting dan perlu difokus dan dimantapkan, namun dengan menggunakan kaedah yg lain, bukan dengan cara menerapkannya di dlm pengajaran subjek sains dan matematik.

seperti kata Shuk_devdas, apa yg paling penting ialah ilmu pengetahuan itu sndiri, bukannya bahasa..

sekian.

Syameer Firdaus said...

ok...ok.... artikel yang sangat bagus mengenai PPSMI!

Anonymous said...

Rasionalnya:

Memantapkan pengetahuan Matematik dan Sains di kalangan pelajar itu sendiri.

Dalih untuk meneruskan PPSMI ini yang saya nampak cuma kesusahan seseorang mahasiswa/siswi untuk meneruskan pengajian di peringkat lebih tinggi di mana pengajian berlangsung dalam bahasa inggeris. Bukan berlagak, jauh lagi menunjuk-nunjuk, tetapi dengan yakin saya katakan saya tidak mempunyai masalah untuk mengadaptasi pembelajaran BM-English kerana sudah belajar lebih 11 tahun matapelajaran Bahasa Inggeris di sekolah.

Ya mungkin sebahagian istilah agak mengganggu kerana istilah sains dan matematik agak pelik, namun itulah gunanya pembelajaran bukan begitu? Mengapa perlu kita 'gagalkan' maths & science murid di peringkat UPSR untuk menyedarkan mereka mengenai kepentingan Bahasa Inggeris? Mengapa tidak digagalkan sahaja mahasiswa/siswi yang tidak pandai mengadaptasi mengikut keadaan @ tempat mereka berada?

Perlu difahami bahawa di peringkat sekolah rendah, murid belajar mengenai asas matematik dan sains. Jika seseorang pelajar itu lemah asas Matematik dan sains dek kerana bahasa inggeris, tidak terfikirkah anda bahawa mereka ini akan terkial-kial pula untuk belajar kedua-dua subjek kritikal ini disebabkan asas mereka yang tidak kukuh? Melalui pengalaman mengajar murid di kawasan pesisir pantai (sekolah gred rendah) di mana rata-rata pelajar merupakan penduduk luar bandar dan tidak mempunyai latar belakang pendidikan, amat sukar bagi mereka untuk memahami sesuatu penerangan yang diterangkan di dalam bahasa inggeris.

Firstly <- perkataan ini pun tidak difahami, boleh saudara cadangkan bagaimana saya hendak melakukan penerangan konsep matematik dengan berkesan menggunakan bahasa inggeris? Adakah menjadi tanggungjawab guru matematik dan sains untuk menerangkan istilah-istilah percakapan harian kepada murid? Tiada masalah bagi kami untuk memahamkan murid tentang istilah matematik di dalam bahasa inggeris, tetapi penerangan di dalam bahasa inggeris sememangnya akan menyebabkan semua pelajar di kelas saya menjadi bingung dan muka tak-tahu-apa.

Tiada masalah bagi kami guru PPSMI untuk menggunakan bahasa apa sekalipun kerana kami sememangnya bertauliah untuk mengajar di dalam bahasa inggeris, manakala BM pula sememangnya bahasa ibunda. Kesan yang dibincangkan adalah terhadap pelajar-pelajar.

Serius saya katakan, mahasiswa/siswi yang tidak mengambil inisiatif untuk mengadaptasi diri mereka untuk belajar di dalam Bahasa Inggeris atau mengambil kursus untuk memantapkan bahasa inggeris masing-masing, adalah EGO. Disebabkan mereka-mereka ini yang berasa terkial-kial apabila berada di peringkat tinggi, mereka kemudian berasa perlu untuk mem'perbetul'kan cara belajar yang selama ini sudahpun betul.

Saya ingin tekankan, saya tidak melihat isu PPSMI dari sudut peng'agung'an bahasa, mahupun ingin menegakkan benang yang basah. Saya cuma menyatakan pendirian hasil pengalaman mengajar sebagai seorang guru PPSMI.