Search This Blog

Friday, March 20, 2009

kenanganku di chow kit

mal jom p chow kit..emm malas lah..5 minit kemudian..jomlah......begitulah perbualan dan monolog dalaman sebelum berangkat ke Chow Kit pada pukul 10 mlm yg bertarikh 20 march 2009..ini tak lain tak bukan sempena MAB..bile lagi nak melaram..so aku pun follow jelah..layan jelah...lagipun aku nak beli tali pinggang n dompet untuk MAB..hehe taklah..dompet aku dah ilang so kne lah beli baru..tali pinggang pun tak de yg cantik so aku pun beli lah yg baru..layan..

setengah jam kemudian tiba lah kami di Chow kit..agak lengang time tu..suasana tempat tu mcm gambar kat atas tu lah..so kitorang pun p lah kedai yg buat blazzer ni ..aku tak beli, diorang yg nak beli..aku juz follow..pastu jumpe satu kedai blazzer..blazzer bleh tahan lah..cantik2..nak jadikan cerita..aku pun tgk lah blazzer tu skali sambil try2..try punye try..alamak tersangkut plak aku kat blazzer ni..fit kat badan aku plak tu..pikir punye pikir..arghhh tak leh jadi ni..cantik siut blazzer ni wlpn bundle..(alamak kantoi plak kedai bundle..)

dalam fifkiran aku ada dua perkara je time tu..mmg susah nak wat keputusan..samada nak beli ataupun tak nak beli..nak wat solat istighfar pun tak tau kat ne..tak sempat kot nak solat..aku ada kelemahan dari segi godaan baju2 yg lawa ni..aku akan beli walau semahal mane baju tu klau baju tu betul2 memikat hati aku..adddeehhhh..

suasana di tempat shopping kompleks bundle Chow Kit..

dengan confidentnye aku pun membuat keputusan untuk membeli blazzer tu..hangus gak duit aku sebanyak 65 rgt..tapi negatif 10 rgt lah..sbb pinjam YB...tak pelah..nak sedapkan hati...lagi pun klau aku beli berbaloi gak untuk jangka masa panjang kan..boleh gak pkai time nak grade nanti..beli jelah..mmg sebelum ni tak de baju blazzer...

matlamat utama nak beli belt n wallet hangus gak..aiyakkkkkkkkk...tak pelah..next time bebeh...

kenanganku di chow kit..

mal nak follow pg chow kit tak? "emm tak kot"..5 mnt kemudian..aku nak follow lah.. (begitulah perbualan dan monolog dalaman pada mlm 20 march 2009..destinasinye adalah ke chow kit.


Thursday, March 19, 2009

Fakta yang tidak kdiketahui media


Sunday, March 08, 2009

Apa rasionalnya memansuhkan PPMSI??

Adakah pihak yg sebulat suara menentang PPMSI daripada diteruskan tidak mahu anaknya suatu hari nanti masuk ke alam kampus universiti mahupun kolej..ataupun kalau ada rezeki dapat melanjutkan pelajaran ke luar negara? adakah kebanyakan penentang PPMSI ini tidak pernah merasai alam pembelajaran di universiti?..adakah penentang sendiri tidak mampu ataupun gagal menguasai bahasa inggeris? adakah apa yg diperkatakan oleh saya ini salah?

memanglah sistem pembelajaran matematik dan sains dalam bahasa inggeris memberi impak atau kesan yang mendalam kepada pelajar yang tidak biasa dengan bahasa asing terutamanya anak-anak luar bandar..tetapi tahukah anda apakah akibatnya sekiranya pelajar-pelajar dibangku sekolah rendah dan sekolah menengah yg dibiasakan dengan bahasa melayu akhirnya berjaya melanjutkan pelajaran ke tahap yg lebih tinggi lagi iaitu MATRIKULASI dan UNIVERSITI. bagaimana mereka nak hidup sekiranya sukatan pelajaran dalam kuliah adalah dalam bahasa eng?. lagi-lagi sekiranya mereka ditawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang sains dan teknologi..sy pasti mereka pasti terumbang-ambing dengan bahasa asing? sedarlah wahai penentang, anak-anak anda juga yang akan menjadi mangsa..

sy amat mengerti kerana sy sendiri sempat lagi mengalami keadaan yang sama semasa sy dibangku matrikulasi. saya ternganga apabila menghadiri kuliah yg pertama..haram satu perkara pun sy tak paham. inilah akibatnya apabila menerima kejutan budaya..11 tahun sy dibangku sekolah rendah dan sekolah menengah menerima pembalajaran sains dan matematik dalam bahasa melayu..ketika itu sy mmg lemah berbahasa eng...sy tak mahu adik-adik sy menerima akibat yg sama.

Cuba ubah sistem penilaian yang lebih mengukur penguasaan perbendaharaan kata yang kaya dan lepas itu latih dan uji mereka menyampaikan idea dalam lisan terutamanya dan tulisan, biarkan dulu perkara teknikal bahasa seperti ejaan dan tatabahasa. Uji mereka secara rasmi dalam bentuk oral dahulu. Ukurkan dua aspek itu dulu. Setelah mereka kuasai perbendaharaan kata dan aspek keupayaan penyampaian idea, mereka akan mempunyai keyakinan diri yang cukup tinggi dalam bahasa Inggeris dan di tingkatan tiga atau empat contohnya barulah ajar aspek teknikal bahasa. ''ini merupakan kata-kata penentang PPMSI"

ini komen dari saya, adakah sukatan subjek bahasa eng itu sendiri tidak mampu atau pun tidak efisien dalam menerapkan asas-asas penguasaan perbendaharaan dan penyampaian idea seperti yg diperkatakan oleh penentang. sedangkan daripada darjah satu hingga tingkatan 5 pelajar diajar subjek bahasa eng. pada pandangan saya, tenaga pengajar ataupun murid itu sendiri yang harus dipersalahkan. bukan sistem pembelajaran PPMSI..kalau guru itu sendiri tidak bersungguh, apa tah lagi para pelajar....saya mengaku semasa dibangku sekolah dulu mmg sy menolak subjek eng ke tepi kerana guru sy hanya pandai sendiri..jadi ini adalah salah sy sendiri..dan juga salah guru itu sendiri.

adakah negara kita ini dapat berdiri sendiri tanpa bergantung kepada negara maju di luar sana? adakah dengan hanya mempunyai bahasa melayu sahaja cukup untuk memajukan negara sendiri? bagaimana kita hendak berkomunikasi dengan negara luar sekiranya kita tidak menguasai bahasa antarabangsa? wahai penentang, janganlah terlalu sensitif dan terlalu menyempitkan fikiran sendiri. kita bukan macam negara jepun, Amerika Syarikat dan negara-negara di eropah yg lain..mereka dapat hidup sendiri dengan bahasa mereka sendiri kerana rakyatnya punya wawasan sendiri untuk memajukan negara sendiri..tidak seperti melayu yg terlalu bergantung dan selalu mengharapkan imbuhan. sy ambil contoh yg terdekat, rakyat jepun..kebanyakan mereka tak fasih berbahasa eng..sbb mereka dari bangku sekolah mmg betul2 mementingkan bahasa mereka sendiri..mereka tak kisah kerana mereka mampu berdikari untuk memajukan negara mereka sendiri..tapi adakah kita di malaysia ini mampu berdikari dengan hanya menggunakan bahasa malaysia? tiada bukti atau sejarah yg malaysia ini mampu berdiri sendiri tanpa bergantung terhadap negara maju..terutama dalam bidang sains..

saya tidak merasakan dengan terlaksananya PPMSI ini, bahasa melayu semakin dipinggirkan..adakah pelajar melayu yang pada masa yang sama mempelajari bahasa melayu dan eng, gagal untuk bertutur dalam bahasa melayu? insyaAllah perkara sebegitu tidak akan berlaku.melainkan orang melayu itu sendiri dilahirkan di luar negara dan menetap bertahun-tahun di sana.

Pada pemerhatian saya, kandungan sukatan pelajaran BI dan kandungan buku teks, cantik dan sangat baik. Masalah yang saya nampak ialah sistem penilaian yang mengakibatkan pengajaran cikgu-cikgu menjadi huru-hara dan tiada fokus. Mencari A,A,A,A,A. Apakah A atau B itu memberi makna penguasaan berbahasa Inggeris yang sebenarnya ? Tolong jawab. ''ini adalah kata penentang''..... bagi saya, pelajar yg menunjukkan dia memperolehi A, mereka sekurang-kurangnya mahir walaupun sedikit dalam subjek eng...mmg ia tidak memberi makna bahawa pelajar ini dapat menguasai sepenuhnya bhs eng melalui PPMSI, tetapi ia akan memberikan kesan positif sekiranya mereka berjaya memasuki universiti.kalau PPMSI diteruskan, insyAllah mereka tidak terkial-kial di universiti nanti.

saya akan bersetuju terhadap pemansuhan ini, jika semua sukatan subjek di Universiti adalah dalam bahasa melayu. tiada guna sekiranya PPMSI tidak dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah tetapi di universiti ia tetap dilaksanakn..habislah mahasiswa kita nanti..saya yakin tiada segelintir mahasiswa pun yang akan membantah PPMSI ni. jika ada mereka sebenarnya dipengaruhi oleh parti pembangkang di luar yang hanya ingin memenangkan hati majoriti rakyat.

mempelajari bahasa eng memang memerlukan masa lagi2 bg mereka yg tidak biasa berbahasa eng seperti penduduk di luar bandar....sekiranya PPMSI dilaksanakan dari awal bangku sekolah rendah, pasti pelajar itu secara beransur-ansur dapat membiasakan diri dengan bahasa antarabangsa yg sy anggap amat penting..adakah pelajar yg memperolehi keputusan yg teruk dalam UPSR dek sistem PPMSI akan terus gagal dalam pembelajaran diperingkat sekolah menengah? tidak semestinya...perkara ini memang berlaku terhadap pelajar2 luar bandar. biarlah adik-adik kita merasai kegagalan dalam peringkat ini yang berpunca daripada PPMSI..kejayaan biasanya bermula dari kegagalan...tapi saya yakin, apabila mereka memasuki alam persekolahan sekolah menengah,sekurang2nya mereka mempunyai asas yg agak kukuh terhadap bhs eng yg dipelajari disekolah rendah...dan sekiranya asas2 ini dapat diperkembangkan dan diperkuatkan lagi hasil daripada pembelajaran yg efektif, maka sedikit demi sedikit beban yg ditanggung untuk menguasai bhs eng ini dapat dikurangkan...dan sekiranya berjaya ke menara gading, pelajar itu pasti tiada masalah sekiranya kos yg ditawarkan adalah dlm medium eng...

mungkin ini sahaja yang dapat saya perkatakan tentang pemansuhan PPMSI. saya sebulat suara mewakili mahasiswa tidak setuju akan pemansuhan PPMSI..berhentikanlah pemansuhan ini demi anak2 generasi akan datang..jangan terlalu sensitif dan selalu melatah..sy tidak pernah terniat untuk meminggirkan bahasa ibunda kerana sy tahu bahawa bahasa melayu adalah budaya kita, bahasa eng adalah keperluan semasa...

segala komen mengenai PPMSI adalah dialu2kan...terima kasih


Thursday, March 05, 2009

Pulangkan kembali dompet ku..

Universiti Malaya....malang tak berbau..itulah peribahasa yg sesuai digunakan terhadap seorang pelajar yang kehilangan dompet di kawasan kampus. Menurut mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai ikhmal, beg duitnya samada hilang ataupun tercicir semasa meninggalkan kuliah..antara barang-barang yang hilang diantaranya ialah duit berjumlah 40 rgt, kad ATM CIMB and BANK ISLAM. kad matrik, lesen, dan sebagainya..ini merupakan kes pertama dalam seumur hidupnya. mangsa memerlukan suntikan kewangan. sumbangan ikhlas dapatlah disalurkan ke dalam akaun bank..1203701826382103901 bank islam...

DINNER BIOTECH 08/09


clapping for happiness of being together..

biotech we rockin'

both are mine.....


kenanganku bersama coursemate n lecturers



pergaulan bebas tanpa batasan di dalam bilik hotel vistana sebelum function bermula..

sebelum dinner perut rasa lapar sbb dtg awal kononnye untuk rehearsal..time tu jumpe pelakon drama..

mamat2 ni lagi yg nak amik gambar ngan aku..


sepenuh hati

labmate sume datang, supervisor plak tak datang..aishhhhh

kesian mamat iran..nasib baik kitorang layan...

mcm nak pegang tangan aku je..aishhh..wendy my lab mate for quite sometime....



Oppaaa!!!!!!!!


oh yeahhhhhhhhhhh......

akan kukenang saat ini bile ku meninggalkan zaman kampus aku..

Thursday, February 05, 2009

keluhanku....

susah gak nak jadi saintis ni ye..lagi2 klau berhadapan ngan kajian..mcm aku ni, dah buat banyak kali pun result tak ok sangat..geram pun ade ni..mcm mane nak wat discussion..ape yg aku nak jawab klau supervisor tanye knape jadi macam ni, jadi macam tu lah..ape tah lagi nak tulis untuk projek...mcm mane ni yek...ayoyo...jalan terakhir alter result..sket je..hehe..tapi tu mcm tak best je..alahai..dah penat asyik wat lab work je..