Search This Blog

Saturday, January 17, 2009

Menteri hairan, kecewa PRK UM kecoh

KUALA LUMPUR - Mengalahkan pilihan raya umum!
Itu luahan kekecewaan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berhubung kekecohan kempen pilihan raya kampus (PRK) di Universiti Malaya (UM).

"Saya amat hairan kerana ini (PRK) melibatkan orang yang mengejar ilmu dan mempunyai ilmu tetapi sampai berlaku semua itu," katanya selepas merasmikan Karnival Pengajian Tinggi Negara 2009 di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas beberapa insiden kekecohan sepanjang kempen PRK di institut pengajian tinggi awam (IPTA) termasuk 'kehangatan' sesi penamaan calon bagi PRK di UM pada 15 Januari lalu.

Menurut Mohamed Khaled, berbanding dengan situasi kempen pilihan raya kecil di Kuala Terengganu, ia berjalan lancar dalam keadaan aman tanpa kekecohan besar walaupun melibatkan parti politik.


"sedarlah wahai warga kampus UM, malulah kita sebagai mahasiswa universiti terulung di malaysia tapi perangai bila berkempen lebih teruk mengalahkan pilihanraya diluar"..

2 comments:

Shukstarz said...

that's what we call mahasiswa!!
kite nak suara kite didengari oleh 'Org2 Besar'!!!
because kite ni mampu membawa PERUBAHAN!!!

gO U18!!!!

Mohd Nur Ikhmal B. Salehmin said...

U lain boleh je berkempen secara aman...heh..