Search This Blog

Tuesday, December 23, 2008

lelaki pokok...



JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia, Dede yang dikenali sebagai 'lelaki pokok' hilang kemampuan bagi menggerakkan tangannya walaupun dia sudah menjalani tiga pembedahan pada tahun ini, lapor sebuah akhbar semalam.

Lelaki itu yang sebahagian badannya ditumbuhi ketuat seperti kulit pokok menjalani pembedahan terakhir pada Ogos lalu bagi membuang enam kilogram ketuat dari badannya.

Seorang doktor di sebuah hospital di Bandung, Dr. Rachmat Dinata berkata, selepas menjalani pembedahan pada Ogos lalu, Dede mampu menggunakan pen dan mengangkat objek.

"Bagaimanapun, selepas pembedahan, tangannya membengkak sebanyak 30 peratus dan ia tidak boleh berfungsi dengan normal," katanya.

Dr. Rachmat memberitahu, Dede perlu menjalani sekurang-kurangnya dua lagi pembedahan pada tahun depan.

tontoni tree man di www.youtube.com

No comments: